3: ALLAH MELAMPAUI SEGALA
SESUATU
Mengenai Allah yang
tanzih (putus hubungan) daripada sebarang bentuk tasybih
(ada-perhubungan) atau penjelmaan, terkandung di dalam ayat-ayat yang
menunjukkan dengan jelas keadaan-Nya di dalam Kitab-Nya atau melalui lidah
Rasul-Nya.
“Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43).
“Maha suci Allah dan maha tinggi, melampaui apa yang mereka katakan.” (17:43).
Pada penyaksian hamba
terhadap Tuhannya
dalam ketulenan dan putusnya kekuatan
dan ketinggiannya daripada dihubungkan dengan “bagaimana”
atau yang seumpamanya
adalah petanda yang memberikan keputusan muktamad
tentang kedudukan hamba dan pujiannya
keteguhan pengetahuan dan pengesahannya
dan penolakan terhadap tuduhan dan perubahan

[Segala pengetahuan
dibekalkan kepada Akal Awal]
Ketahuilah yang
menanggung segala ilmu, baik mengenai yang di langit mahupun yang di bumi,
adalah Akal yang menerimanya daripada Allah s.w.t tanpa perantaraan. Tiada
sebarang pengetahuan mengenai makhluk alam tinggi dan alam rendah tersembunyi
daripadanya. Semuanya datang daripada kurniaan dan kemurahan-Nya, dan daripada
penerangan-Nya, cahaya-Nya dan ketulenan limpahan-Nya. Akal mempelajari
daripada Allah s.w.t dan ia mengajar kepada diri. Diri yang belajar daripada
Akal melahirkan tindakan. Ia meliputi sekalian pengetahuan mengenai apa yang
berhubungan dengan Akal , iaitu segala yang di bawah daripadanya. Kita
disempadani oleh “apa yang di bawah daripadanya” dalam hubungan pembelajaran
yang dikatakan. Berhati-hati bila kamu fikirkan, ingatlah Allah s.w.t
berfirman, “sehingga Kami tahu” 47:31).
Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.
Dia yang mengetahui segala-galanya, oleh itu akuilah sumber segala sesuatu.
[…melainkan dunia yang
membingungkan]
Ketahuilah bahawa dunia
yang menipu-daya ini tidak mempelajari apa-apa daripada Akal Awal, dan Akal
Awal tidak ada kuasa terhadap mereka yang dibingungkan oleh cinta dunia. Mereka
dan dunia yang membingungkan itu berada pada taraf yang sama, seperti
individu-individu yang keluar daripada kawalan Kutub, walaupun Kutub itu
sendiri adalah satu daripada individu-individu. Tetapi Akal dipilih untuk
menyampaikan sebagaimana Kutub dipilih bagi pengangkatan di kalangan individu.
[…dan melainkan
pengetahuan mengenai tauhid tajrid (pengasingan)]
Prinsip pengajaran Akal
kepada apa yang di bawahnya menjadi kenyataan pada semua, bahawa tiap sesuatu ada
perhubungan dengan pengetahuan Akal – melainkan bagi ‘tauhid tajrid (tauhid
pengasingan)’. Kaedah tauhid tajrid berbeza daripada segala perkara yang
diketahui dalam semua hal, kerana dalam kaedah ini tidak ada sebarang hubungan
di antara Allah s.a.w dengan ciptaan-Nya, walaupun jika ‘hubungan’ itu
digunakan pada hal tertentu sebagaimana yang dilakukan oleh Imam Abu Hamid
al-Ghazali di dalam bukunya dan juga oleh beberapa orang lain. Itu adalah satu
gaya penyampaian, dan ianya sangat berbeza daripada kebenaran. Hubungan apakah
yang ada di antara sesuatu yang disempadani oleh masa dengan yang melampaui
masa. Atau bagaimanakah diadakan persamaan terhadap Dia yang tidak mungkin ada
persamaan, dengan sesuatu yang menerima persamaan. Ini adalah tidak mungkin seperti
kata Abu’l-‘Abbas ibn al-‘Arif as-Sanhaji dalam Mahasin al-Majalis, “Tidak ada
perhubungan di antara Allah dengan hamba kecuali urusan. Di sana tidak ada
asbab melainkan keputusan dan tidak ada masa melainkan azali. Apa juga yang
lain adalah kegelapan dan kekaburan yang menipu daya.” Satu kelainan
mempunyai ‘pengetahuan’ menggantikan ‘kegelapan’. Perhatikanlah betapa
unggulnya perkataan ini dan betapa lengkapnya makrifat Allah ini dan betapa
tulen musyahadahnya. Semoga Allah mengurniakan faedah kepada kita melalui
perkataannya.
[Kelemahan akal dalam
mencapai makrifat tentang Allah]
Pengetahuan tentang
Allah terlalu sukar bagi keupayaan yang ada pada akal dan diri untuk
mengerti, melainkan sekadar pengakuan bahawa Dia wujud dan suci. Akal yang waras
mengakui bahawa Allah berlainan daripada apa yang dikatakan tentang-Nya, baik
dalam bentuk nyata atau khayalan, dalam apa juga anasir atau apa sahaja.
Khayalan tidak sampai kepada kebenaran tentang-Nya. Ungkapan juga tidak mampu
menerangkan hal-Nya seperti menerangkan tentang makhluk. Ianya digunakan
itu hanyalah untuk memudahkan pendengar memahami akan keteguhan wujud menurut
apa yang mampu diterima oleh pendengar, bukan untuk mengemukakan yang
sebenarnya tentang Yang Haq. Allah berfirman,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (47:19).
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (47:19).
Walau bagaimanapun,
mengenal Allah adalah fardu bagi kita menurut peraturan Syariat kerana
Allah berfirman kepada Rasulullah s.a.w,
“Ketahuilah, bahawa tiada Tuhan melainkan Allah” (47:19).
Dia mengatakan, “Kenalilah Aku melalui perkhabaran daripada-Ku, yang harmoni dengan renungan kamu supaya kepercayaanmu akan melahirkan pengetahuan yang benar, seperti boleh jadi benarnya pengetahuan yang menimbulkan tidak percaya yang datang melalui kepastian”. Jadi, keadaannya adalah demikian.

Oleh kerana sebahagian
orang berpandangan dan berpendapat demikian, kita renungkan tentangnya untuk
melihat bagaimana makrifat mengenai-Nya boleh dicapai. Kita kaji secara adil
dan munasabah. Akal yang sempurna tidak berupaya mencapainya melalui usaha dan
ikhtiar yang gigih. Kita hanya mencapai kepada makrifat mengenai-Nya melalui
ketidakupayaan untuk mengenali-Nya. Sesuatu yang wujud yang tidak menyerupai
sesuatu dan tidak boleh difikir dan dikhayalkan, bagaimana mungkin akal
menguasai perkara ini? Hal ini tidak boleh berlaku sekalipun pengetahuan
mengenai kewujudan-Nya diyakini sunguh-sungguh. Kita tahu bahawa Dia wujud dan
Esa pada Zat-Nya. Ini adalah pengetahuan yang dituntut daripada kita, bukanlah
kita mengetahui hakikat Zat-Nya yang Dia ketahui, yang Dia miliki. Ini adalah
pengetahuan tanpa pengetahuan, yang dituntut daripada kita. Dia tidak
menyerupai sebarang makhluk dalam pandangan akal, dan tidak ada sesuatu yang
menyerupai-Nya. Ia menjadi fardu kepada kita apabila dikatakan kepada kita, “Ketahuilah
tiada Tuhan melainkan Allah” untuk mengetahui apakah pengetahuan itu. Kita
mempelajarinya dan kita mempelajari apa yang mula-mula difardukan kepada kita
untuk mengetahui apakah pengetahuan itu.
[Induk kepada tuntutan
ilmu pengetahuan]
Ada empat hujah ilmu:
iakah?, apakah?, bagaimanakah?, mengapakah?. ‘Ia?’ dan ‘mengapa?’ adalah
tuntutan kerohanian yang satu disusuli oleh apakah ianya. ‘Ia?’ dan ‘mengapa?’
adalah dua sumber bagi anasir yang mudah sementara ‘apakah ianya?’ adalah
sesuatu yang boleh dikatakan kompleks. Tuntutan yang empat ini tidak boleh
ditanyakan tentang Allah, sesuai dengan kenyataan kerana ianya tidak benar
bahawa sebarang pengetahuan tauhid boleh diketahui melainkan melalui penafian
pada apa yang wujud kecuali Dia. Oleh itu Dia mengatakan,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya”(41:11)
dan
“Maha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang mereka sifatkan”(37:180).
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya”(41:11)
dan
“Maha suci Tuhan kamu, Tuhan yang memiliki benteng yang teguh, melampaui apa yang mereka sifatkan”(37:180).
[Pengetahuan tentang
penafian adalah pengetahuan tentang Allah]
Pengetahuan tentang
penafian adalah pengetahuan tentang Allah. Begitu juga kita tidak dibenarkan
bertanya “bagaimana” mengenai roh. Ianya adalah terlalu seni untuk dipersoalkan
dan hakikatnya berlainan daripada apa yang diucapkan. Alat bagi pertanyaan yang
tidak dapat diajukan kepada roh, tidak boleh juga diajukan kepada Allah. Yang
Haq tidak mampu diketahui melalui tuntutan-tuntutan ini.
[Yang kelihatan melalui
zat dirinya, yang kelihatan melalui perbuatannya dan yang tidak kelihatan sama
sekali]
Jika kita pandang kepada
yang selain Allah kita akan temui dua kategori. Kategori pertama adalah yang
kelihatan melalui zat dirinya, iaitu sesuatu yang padat dan boleh dicapai oleh
pancaindera. Keduanya adalah yang kelihatan melalui tindakannya, iaitu sesuatu
yang seni dan dapat ditangkap oleh akal. Yang dapat ditangkap oleh akal lebih
tinggi daripada yang dapat ditangkap oleh pancaindera: zatnya terlalu seni
untuk menjadikan dirinya kelihatan, tetapi tindakannya ada kenyataan. Keadaan
ini adalah keadaan makhluk, Allah bukan makhluk. Dia terlalu murni untuk
disaksikan Zat-Nya seperti kategori pancaindera, ataupun tindakan-Nya untuk
disamakan dengan kategori seni, kerana tidak ada hubungan langsung di
antara-Nya dengan makhluk ciptaan-Nya. Zat-Nya tidak kelihatan kepada kita
untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat ditangkap oleh pancaindera,
tidak juga perbuatan-Nya untuk menjadikan-Nya seperti makhluk yang dapat
ditangkap oleh akal. Perbuatan Yang Haq adalah permulaan kepada sesuatu bukan
daripada sesuatu. Makhluk rohani yang seni memperolehi sesuatu daripada
sesuatu. Jadi, apakah hubungan keduanya? Bila hubungan tidak mungkin pada
perbuatan, maka semestinya juga tidak mungkin pada zat.
Jika kamu berhasrat
untuk mencapai sebahagian daripada kesedaran dalam tahap ini, perhatikan kepada
kesan tindakan menurut tahap kesan-kesan tersebut, misalnya kesan kerja-tangan
seperti baju dan kerusi. Kita dapati tukang itu tidak dikenali melainkan dia
sendiri memberi gambaran akan kewujudannya dan ilmunya mengenai
kerja-tangannya. Begitu juga dengan kesan pembentukan makhluk – cakerawala dan
bintang-bintang – yang tidak mengenali penggubahnya dan yang membentuknya. Ia
adalah Diri Universal yang melingkungi mereka. Begitu juga dengan kesan
semulajadi – seperti penghasilan bahan logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan, yang
memberi kesan semulajadi yang menjadi sebahagian daripada kesan pembentukan
makhluk. Tetapi mereka tidak dapat mengongkong sesuatu yang bertindak bagi
mereka, iaitu cakerawala dan bintang-bintang.
Jadi, pengetahuan
mengenai cakerawala bukanlah apa yang kamu lihat pada jisimnya dan bukan apa
yang kamu saksikan mengenai mereka. Di manakah jisim matahari dalam hubungan
dengan dirinya sendiri pada pandangan kita yang melihatnya? Pengetahuan
mengenai cakerawala datang daripada roh dan tujuannya yang Allah bawakan kepada
kewujudan daripada Diri Universal yang meliputi, yang menjadi asbab bagi
cakerawala dan apa yang terkandung di dalamnya.
Begitu juga dengan kesan
penjelmaan Diri Sejagat atau Diri Universal, menjelma daripada Akal sebagai
Dihya[1}, bentuk yang datang daripada pembentukan Jibrail. Diri Universal tidak
mengetahui penjelmaan itu daripada apa kerana ia adalah di bawah jagaannya dan
dilengkunginya lantaran ia adalah satu daripada khawatirnya. Jadi, bagaimana
Diri Universal tahu apa yang di atasnya sedangkan apa yang pada Diri itu
daripada apa yang di atasnya hanyalah apa yang di dalamnya? Ia hanya mengetahui
apa yang ada dengannya. Jadi, ia mengetahui dirinya, tetapi tidak
penyebabnya!
[1] Dihya al-Kalbi,
salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w. Jibril pernah berjumpa dengan
Rasulullah s.a.w dengan menjelma dalam rupa Dihya al-Kalbi.
Ia juga sama dengan
kesan permulaan yang dinamakan Hakikat Muhammadiah, atau ada yang memanggilnya
Akal Awal. Ia adalah Qalam Tertinggi yang Allah jadikan daripada tiada.
Ia tidak mempunyai keupayaaan dan dihjijab daripada menyaksikan
Pembuatnya melebihi daripada kesan yang sudah dinyatakan kerana di antara
setiap kesan dan pembuatnya, ada sesuatu hubungan dan persamaan. Jadi, ia tahu
mengenainya menurut kadar hubungan di antara mereka, samada dalam bentuk yang
nyata atau sebaliknya. Di sana tidak ada hubungan di antara yang pertama
diciptakan dengan Yang Hakiki – maha suci Dia! Kesan yang muncul daripada
penyebab tidak berupaya mengenali Pembuat atau Penyebabnya. Ketidakupayaan
kesan tersebut, yang menyerupai penyebabnya yang aktif dalam beberapa hal,
adalah tidak berupaya untuk menyaksikannya dan mengetahuinya. Jadi, fahamilah
hal ini dan hayatinya. Ia amat berguna bagi urusan tauhid dan ketidakupayaan
untuk menghubungkan pengetahuan yang sementara kepada Allah Yang Maha Besar.
[Lima bakat dan
pengertiannya yang sebenar]
Manusia memperolehi
segala pengetahuan melalui salah satu daripada lima bakat: deria yang lima –
bau, rasa, sentuh, dengar dan lihat. Pandangan menyaksikan warna, benda-benda
berwarna dan individu menurut had dan jarak jauhnya. Apa yang dipandang satu
batu jauhnya berbeza dengan apa yang dipandang dua batu jaraknya. Apa yang
dipandang 20 langkah tidak sama dengan yang satu batu. Apa yang dipandang yang
hampir seperti tangan sendiri, tidak sama dengan apa yang dipandang 20 langkah
jaraknya. Pada jarak 2 batu disaksikan bentuk individu tetapi tidak dapat
dikenali samada ianya pokok atau manusia. Pada jarak satu batu ia dikenali
sebagai manusia. Pada jarak 20 langkah dikenali pula samada putih atau hitam.
Bila saling berhadapan dikenali dengan pasti samada biru atau biru air laut.
Begitulah keadaan semua pancaindera dalam pengertiannya menurut dekat atau jauh
Pencipta tidak dapat
ditangkap oleh bakat pancaindera dalam kita cuba mengenali-Nya. Kita tidak
boleh mengenali-Nya melalui keupayaan bakat pancaindera. Bakat khayalan hanya
menerima apa yang dibekalkan oleh bakat pancaindera, samada gambaran atau
bentuk dalam fikiran, daripada apa yang bakat pancaindera bekalkan. Jalan
manusia akal dalam menyingkapkan tentang Allah berakhir di sini (melalui bakat
khayalan dan fikiran). Ini adalah ungkapan mereka (manusia akal), bukan
ungkapan kami. Sekalipun jalan mereka benar, kami sandarkan pendapat tersebut
kepada mereka dan ia diungkapkan oleh mereka. Bakat fikiran dan khayalan ini
akan berterusan selagi ia menerima persepsi daripada bakat pancaindera (deria).
Kami berpendapat apa juga perkaitan deria dengan Allah tidak boleh dijadikan
pegangan, begitu juga perkaitan fikiran dan khayalan dengan-Nya.
Bagi kebolehan
bertafakur pula, manusia hanya mampu menyatakan perkara-perkara yang ada
dengannya, yang dia pelajari dengan derianya, persepsi akal dan daripada
jalanan fikiran tentang perkara-perkara yang di dalam bidang imaginasinya
sesuai dengan pengetahuan tentang benda-benda tersebut yang padanya dia
melihat perhubungan. Di sana tidak ada hubungan di antara Allah dengan
ciptaan-Nya. Jadi, pengetahuan mengenai-Nya tidak terpakai melalui cara
renungan. Oleh kerana itu orang arif melarang berfikir tentang Zat Allah.
Bagi bakat akal pula,
akal tidak berupaya menyaksikan-Nya. Akal hanya mampu menerima apa yang
diketahuinya secara spontan atau renungan yang sesuai dengan kita. Fikiran tidak
ada keupayaan untuk mengkaji tentang-Nya melalui pemikiran dan renungan, jadi
akal bukanlah alat yang sebenar untuk mengkaji mengenai-Nya melalui renungan.
Apa juga akal itu hadnya ialah untuk memahami dan mengambil apa yang mampu
diperolehinya. Jadi, mungkin Yang Haq akan kurniakan penyingkapan mengenai-Nya
dan akal akan faham, tetapi bukan melalui pemikiran. Ini bukanlah mustahil.
Allah kurniakan pembukaan ini kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan
hamba-Nya. Akal tidak memiliki sepenuhnya persepsi tentang makrifat, tetapi ia
menerimanya apabila didatangkan kepadanya. Jadi, tiada pembuktian dan
peruntukan didasarkan padanya kerana penyingkapan (makrifat) adalah melampaui
persepsi akal.
Sifat-sifat yang wajib
tidak boleh dinyatakan kerana ianya melampaui perumpamaan dan ibarat
“Tidak ada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Akal yang tidak dibukakan tentang makrifat ini bertanyakan akal lain yang dibukakan sebahagian kepadanya. Tetapi ianya bukanlah di dalam keupayaan akal yang ditanyakan itu untuk menerangkannya, malah ianya adalah tidak mungkin. Sebab itulah Abu Bakr as-Siddiq mengatakan, “Ketidakupayaan memahami itulah pemahaman.” Kenyataan ini ada dua tahap, jadi fahamkanlah. Sesiapa yang mencari Allah melalui pemikiran dan pengkajiannya akan sesat. Walau bagaimanapun, persediaan yang ada dengan akal mungkin mencukupi untuk menjadikannya sebagai bekas yang sesuai bagi menerima apa yang Allah kurniakan kepadanya, fahamkanlah!

Bagi keupayaan mengingat
pula, tiada jalan baginya untuk mencapai pengetahuan tentang Allah. Ia
mengingati apa yang telah diketahui oleh akal sebelumnya dan kemudian
mengabaikannya atau melupakannya dengan tidak disedari. Jadi bakat atau daya
ingatan tidak mempunyai jalan kepada-Nya.
Jadi, pengertian manusia
terbatas kepada kemanusiaan itu sendiri, apa yang zat dirinya berikan kepadanya
dan apa yang dia boleh pelajari. Selebihnya adalah persediaan akal untuk
menerima apa yang Allah kurniakan daripada makrifat-Nya. Manusia tidak akan
mengenali Yang Haq melalui pembuktian secara logik – melainkan sekadar mengakui
Dia Wujud dan Dia adalah Yang Esa yang disembah. Pemikiran manusia tidak
berupaya untuk memikirkan sesuatu melainkan perkara yang difikirkan itu
sudahpun ada dengannya. Jika tidak kerana itu ia tidak akan memikirkannya sama
sekali dan tidak juga mengenalinya. Oleh kerana manusia tidak mengenali sesuatu
melainkan dia memiliki sesuatu menyamai perkara yang dikenali itu, sebenarnya
manusia hanya mengenali apa yang menyerupainya. Di sana tidak ada sesuatu
menyamai Pencipta dan tidak ada apa yang mempunyai sesuatu menyerupai-Nya, jadi
Dia tidak akan dikenali.
[Benda-benda alam
semulajadi hanya menerima bekalan daripada yang seumpama dengannya]
Sebahagian daripada perkara
yang menyokong apa yang telah kami katakan ialah benda-benda semulajadi hanya
menerima makanan daripada benda-benda yang daripada jenisnya juga, dan tidak
sekali-kali menerima makanan daripada jenis lain. Contoh bagi perkara ini ialah
bahan-bahan daripada galian, tumbuh-tumbuhan dan haiwan adalah campuran
daripada jenisnya, dan tidak menerima makanan daripada sumber lain. Ini adalah
kerana sebahagaian daripadanya adalah untuknya. Jika makhluk mahu membuat
makanan untuk tubuhnya, yang terdiri daripada bahan-bahan ini, daripada anasir
yang lain daripada bahan-bahan tersebut, atau apa yang dicampurkan
daripada yang lain, ia tidak akan dapat melakukannya. Kerana ianya hanyalah
mungkin bagi tubuh yang asli menerima makanan daripada sesuatu yang dicampurkan
daripada anasir-anasir yang serupa dengannya, jadi adalah tidak mungkin bagi
seseorang untuk mengetahui sesuatu melainkan dia memiliki sesuatu
menyerupainya.Tidakkah kamu perhatikan diri hanya menerima daripada akal apa
yang ia kongsikan dengannya dan apa yang menyamainya? Ia tidak tahu apa yang ia
tidak sedikitpun berkongsi dengannya. Tiada sesuatu yang dinisbahkan kepada
Allah ada dengan sesuatu yang lain, hal ini tidak mungkin dalam segi apa
sekalipun, jadi tiada sesiapa yang mengenali-Nya melalui dirinya dan
renungannya. Rasulullah s.a.w bersabda, “Allah terhijab bagi akal sebagaimana
Dia terhijab bagi mata. Makhluk alam tinggi mencari-Nya sebagaimana kamu
mencari-Nya.” Jadi, Rasulullah s.a.w menceritakan bahawa akal tidak ada
pengenalan tentang-Nya melalui renungannya, tidak juga melalui mata dalamnya
dan tidak juga melalui mata luarnya. Inilah yang dinyatakan sebelum ini dalam
tajuk ini. Segala puji bagi Allah yang mengilhamkan kita dan mengajar kita apa
yang kita tidak tahu. Kemurahan Allah maha luas.
[Tanzih
('tiada-hubungan') dan penafian terhadap tasybih (penyifatan dan perhubungan)]
Jadi, pegangan mestilah
berkonsepkan ‘tiada-hubungan’ (tanzih) dan ‘penafian’ terhadap penyifatan dan
perhubungan. Sesiapa dari kalangan yang menggunakan perhubungan dan menjadi
sesat adalah disesatkan oleh pemahaman tentang ibarat dan menggunakan ayat-ayat
dan hadis yang tidak difahaminya tanpa melihat kepada aspek tanzih
(‘tiada-perhubungan’) yang Allah fardukan. Itu membawa mereka kepada kejahilan
yang sebenar dan kesesatan yang nyata. Jika mereka berpegang kepada yang benar
dan membiarkan hadis dan ayat-ayat berkenaan tanpa mengubahsuai apa-apa padanya
kepada sesuatu yang lain dan menyerahkan pengetahuan itu kepada Allah dan
Rasul-Nya dan berkata, “Kami tidak tahu”, itu adalah lebih baik bagi mereka.
Firman Allah semestinya
memadai bagi mereka,
“Tiada sesuatu menyerupai-Nya” (41:11).
Bila sesuatu hadis sampai kepada mereka, hadis yang menceritakan tentang perhubungan yang menggambarkan Allah seumpama sesuatu, Dia menafikan persamaan itu dalam hubungan Diri-Nya. Jadi, yang tinggal adalah hadis itu memiliki satu aspek ‘tiada-hubungan’ (tanzih) yang Allah akui dan ia dibawa kepada kefahaman orang Arab yang melalui lidah Arab Quran dibukakan.

Sebenarnya tidak
kedapatan satu ungkapan pun di dalam hadis atau ayat yang boleh dijadikan hujah
bagi menegakkan pegangan ‘ada-hubungan’. Apa yang ditemui ialah ia menyokong
berbagai-bagai aspek, ada yang menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ dan ada yang
menunjukkan kepada ‘tiada-hubungan’. Penterjemah ibarat atau misal menggunakan
ungkapan berkenaan dengan memaksudkan ‘ada-hubungan’ secara menyalahi maksud
sebenar ungkapan tersebut kerana dia tidak memahami kedudukan ungkapan
berkenaan menurut kehendak tata-bahasa. Dia telah melanggar peraturan Allah
apabila dia meletakkan sesuatu yang tidak benar kepada-Nya. Insya’ Allah, kita
akan bawakan sebahagian hadis yang menunjukkan kepada ‘ada-hubungan’ tetapi
sebenarnya tidak bermaksud demikian.
“Kepunyaan Allah bukti yang jelas nyata. Jika Dia kehendaki Dia beri petunjuk kepada kamu semua.” (6:149).
“Kepunyaan Allah bukti yang jelas nyata. Jika Dia kehendaki Dia beri petunjuk kepada kamu semua.” (6:149).
[Tasybih
('ada-hubungan') dan penyifatan dalam ungkapan Sunnah]
Contoh yang demikian
ialah sabda Rasulullah s.a.w,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah.” (A-Tarmizi).
Akal melihat kepada apa yang diperlukan oleh keadaan sebenar dan kiasan, dan anggota adalah mustahil bagi Allah! ‘Jari’ dalam dalam ungkapan ini boleh difahamkan sebagai anggota ataupun rahmat. Pengembala[2] berkata:
Kelemahan tongkat, dari orang Badwi,
kamu melihatnya atas mereka
bila manusia yang tidak mendapat rahmat berakhir dengan kemarau

[2] ia-itu pengembala
yag baik menjaga untanya dengan baik.
Dia mengatakan, “Kamu
melihatnya atas mereka” menunjukkan kepada rahmat secara menjaga mereka dengan
baik. Bila orang Arab berkata, “Alangkah baiknya jari si anu menjaga hartanya”,
ia bermakna hasilnya yang membuat hartanya bertambah lantaran pengurusan yang
baik.
Menggerakkan sesuatu
benda dengan tepat adalah dengan menggunakan jari kerana saiznya kecil dan
sesuai untuk kerja yang demikian. Jadi pergerakannya lebih kemas daripada
tangan dan bahagian yang lain. Bila Allah balikkan hati hamba-Nya, ia adalah
pergerakan yang tepat. Rasulullah s.a.w sangat memahami tentang orang Arab, dan
penyampaiannya adalah dengan cara yang mereka faham. Bagi kita, sesuatu benda
digerakkan dengan tangan, baginda menggunakan pergerakan dengan ‘jari’ kerana
jari adalah bahagian tangan, dan lebih pantas. Rasulullah s.a.w bermunajat,
“Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!“ (Ibnu Majah).
Allah membalikkan hati-hati bermaksud apa yang Dia jadikan iaitu kecenderungan hati kepada kebaikan dan kecenderungannya kepada kejahatan. Bila seseorang menyedari perubahan dalam hatinya ini bermaksud ‘Allah membalikkan hati’. Pengetahuan manusia tidak berubah daripada dirinya sendiri. Sebab itulah Rasulullah s.a.w mengatakan, “Wahai Yang membalikkan hati-hati, jadikan hatiku teguh di dalam jagaan-Mu!”

Merujuk kepada hadis
ini, salah seorang daripada isteri-isteri baginda s.a.w bertanya kepada
baginda, “Adakah engkau takut, wahai Rasul Allah?”. Baginda s.a.w menjawab,
“Hati orang mukmin berada di antara dua jari Allah”,
jadi Rasulullah s.a.w menunjukkan kepada kecepatan pertukaran daripada beriman kepada tidak dan apa yang terkandung pada kedua-duanya. Allah berfirman,
“Allah mengilhamkan kepada mereka kejahatan dan kebaikan” (91:8).
Ilham ini adalah pertukaran dan jari-jari itu adalah kecepatannya. Maksud bagi dua (‘dua jari’) adalah kecenderungan kepada kebaikan dan rangsangan kepada kejahatan.

Jadi, ‘jari-jari’
hendaklah difahamkan sebagaimana kami telah terangkan. ‘Jari-jari’; boleh
membawa maksud anggota dan boleh juga bermaksud rahmat. Jadi, daripada dua
aspek ini yang manakah kamu guna-pakai bagi memenuhi kehendak konsep
‘tiada-hubungan’?Samada kita hanya mendiamkan diri dan membiarkan maksud yang
sebenar kepada Allah dan mereka yang Allah bukakan mengenainya –
Rasul-rasul-Nya atau wali yang diilhamkan, selagi anggota itu dinafikan, atau
mungkin kita dikuasai oleh rasa ingin tahu, walaupun kita menyandarkannya
kepada golongan pembaharuan yang mengadakan penyerapan kepada penyifatan. Rasa
ingin tahu tidak boleh dijadikan alasan. Setiap orang yang mengetahui
berkewajipan memperjelaskan aspek ‘tiada-hubungan’ dalam ungkapan-unkapan
berkenaan supaya membatalkan alasan-alasan mereka yang bermain-main dengan
istilah. Semoga Allah mengasihani kita dan mereka dan memberikan kepada mereka
Islam! Jika kita membincangkan keadaan Allah yang tasybih, penerangannya hendaklah
menjurus kepada hal yang sesuai bagi Allah – maha suci Dia! Ini adalah bahagian
akal dalam tata-bahasa kesusasteraan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati daripada
dua jari menurut aspek ghaib]
‘Dua jari’ adalah rahsia
bagi kesempurnaan yang perlu yang kerananya apabila ia dibukakan pada Hari
Kebangkitan, anak akan menangkap bapanya yang derhaka dan mencampakkannya ke
dalam neraka tanpa berasa sedih dan dukacita, semuanya kerana rahsia ‘dua jari’
ini, yang mempunyai satu makna sahaja walaupun perkataannya dua. Syurga dan
neraka diciptakan dan nama diterangi ataupun digelapkan, dan Yang Maha
Pengampun dan Yang Maha Keras menyata. Janganlah membayangkan ‘dua jari’ ini
sebagai dua jari daripada sepuluh jari!
Rahsia ini mesti
ditonjolkan dalam bahagian ini. Hadis mengatakan, “Kedua-dua tangan-Nya adalah
tangan kanan”. Inilah rahsia penyingkapan makrifat. Ahli syurga mendapat dua
nikmat: pertama ialah nikmat syurga dan satu lagi ialah nikmat hukuman terhadap
ahli neraka di dalam api neraka. Begitu juga ahli neraka mendapat dua seksaan.
Kedua-dua golongan tersebut melihat Allah melalui Nama-nama seperti yang mereka
lakukan di dunia. Mengenai ‘dua genggaman’ yang datangnya daripada Rasulullah
s.a.w, dalam hubungan dengan Allah ialah rahsia kepada apa yang telah kami
nyatakan.
“Allah mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.(33:4).
“Allah mengatakan kebenaran dan memberi petunjuk kepada jalan yang lurus”.(33:4).
Genggaman dan tangan
kanan: Allah berfirman,
“Bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya” (39:67)
dan,
“Langit digulung dalam tangan kanan-Nya” (39:67).
Akal haruslah melihat sebagaimana keadaan kehendaki. Allah melarang Dia diadakan persamaan dan penyifatan yang mana akal yang lemah telah berbuat demikian lantaran keliru dengan ayat dan hadis. Kemudian, selepas ‘tiada-hubungan’ (tanzih) di mana mereka yang berakal memahaminya, Allah berfirman,
“Bumi sekaliannya berada dalam genggaman-Nya” (39:67).

Salah satu tata-bahasa
Arab yang diketahui, apabila dikatakan, “Si anu berada dalam tangan saya
(qabda),” ia bermakna berada di bawah penguasaan, sekalipun saya tidak memegang
apa-apa daripada orang itu di dalam tangan saya. Tetapi keputusan saya boleh
dikuatkuasakan ke atas orang tersebut, sama seperti keputusan saya terhadap apa
yang benar-benar ada dalam tangan saya. Saya katakan, “Harta saya berada dalam
tangan saya”, bermakna ia adalah milik saya dan saya berkuasa ke atasnya. Saya
boleh menggunakannya mengikut kehendak saya. Apabila saya menggunakannya, pada
ketika itu saya boleh berkata, “Dalam tangan saya untuk menggunakan barang
ini”, sekalipun ianya adalah hamba saya yang menggunakan barang tersebut dengan
izin saya.
Oleh kerana anggota
badan adalah mustahil bagi Allah maka akal hendaklah mengubahsuai tanggapannya
dan maksud ‘genggaman’ itu. Ia adalah pemilikan yang dikuasai ketika itu,
walaupun tidak ada apa dalam genggaman orang itu sebenarnya. Ia adalah
pemilikan semata-mata. Alam maya ini berada dalam genggaman Yang Haq. Bumi dan
akhirat ditentukan juga sebagai sebahagian daripada milik-Nya, seperti apa yang
kamu maksudkan bila berkata, “Hamba saya berada dalam genggaman saya”, walaupun
hanya sebahagian sahaja daripada hamba itu dalam genggaman kamu.
Dalam pandangan kami
‘tangan kanan’ adalah tempat bagi urusan mutlak yang kuat. ‘Kiri’ tidak
memiliki kekuasaan ke atas ‘kanan’. Jadi, dalam ayat Quran, tangan kanan
menunjukkan kepada penguasaan penuh. Ia menunjukkan kepada kekuasaan untuk
bertindak. Jadi, makna Quran sampai kepada orang Arab melalui ungkapan yang
mereka ketahui dan mudah fahami. Penyair berkata:
Bila panji dikibarkan tanda kemenangan, ‘Araba mengambilnya dengan tangan kanan
Bila panji dikibarkan tanda kemenangan, ‘Araba mengambilnya dengan tangan kanan
Kemenangan bukanlah
benda yang nyata, jadi anggota badan iaitu tangan kanan tidak dapat
memegangnya. Perkataannya seolah-olah berbunyi: Seandainya kemenangan
menampakkan panji yang nyata, tempatnya ataupun orang yang layak membawanya
adalah ‘Araba al-Awsi (salah seorang orang Ansar), bermakna sifat kemenangan
itu lengkap padanya. Orang Arab masih menggunakan ungkapan yang digunakan
kepada anggota sedangkan perkara itu tidak dapat dipegang oleh anggota sebenar
kerana maknanya boleh difahamkan.
Tiupan roh ke dalam hati
[Bahagian hati dalam tangan kanan dan kiri: menurut aspek ghaib]
[Bahagian hati dalam tangan kanan dan kiri: menurut aspek ghaib]
Apabila Yang Haq
menyatakan Diri-Nya kepada rahsia (sirr) hamba-Nya yang memiliki semua
rahsia-rahsia dimasukkannya ke dalam golongan mereka yang bebas, dan hamba-Nya
ini memiliki kebebasan mengambil tindakan yang perlu berhubung dengan tangan
kanan. Kemuliaan tangan kiri adalah dengan sesuatu yang lain sementara
kemuliaan tangan kanan adalah dengan zatnya sendiri. Kemuliaan tangan kanan
adalah secara khitab atau diamanatkan padanya, sementara kemuliaan tangan kiri
secara tajalli atau dilekatkan padanya. Kemuliaan seseorang adalah dengan
mengenali hakikat dirinya dan menjadi perihatin dengannya, dan ia adalah yang
kiri = ‘kedua-dua tangan’ berhubung dengan seseorang adalah kiri sebagaimana
kedua-dua bagi Allah adalah tangan kanan!
Berhubung dengan makna
penyatuan (ittihad), kedua-dua tangan hamba adalah kanan. Merujuk kepada
tauhid, sebelah tangan Allah adalah kanan dan sebelah lagi kiri. Kadang-kadang
aku berada dalam ‘persatuan’ dan ‘persatuan pada persatuan’ dan kadang-kadang
aku berada dalam keadaan ‘perpisahan’ dan ‘perpisahan pada perpisahan’ menurut
suasana warid yang dikurniakan kepadaku.
Satu hari aku temui orang yang dikurniakan nikmat (yaman),
dia adalah Yemeni.
Jika aku temui seseorang yang menjangkau lebih jauh (mu’addhi),
dia adalah ‘Adnani
Satu hari aku temui orang yang dikurniakan nikmat (yaman),
dia adalah Yemeni.
Jika aku temui seseorang yang menjangkau lebih jauh (mu’addhi),
dia adalah ‘Adnani
Kehairanan, ketawa,
gembira dan marah.
Kehairanan terjadi daripada
sesuatu yang pada mulanya tidak diketahui apakah yang menghairankan itu, dan
kemudian dia mengetahuinya dan itu yang membuatnya hairan. Lalu, ketawa berlaku
padanya. Ini tidak mungkin bagi Allah. Tidak ada apa yang diluar daripada
pengetahuan-Nya, jadi apabila sesuatu berlaku yang membuat kita hairan,
kehairanan dan ketawa itu jika ditujukan kepada Yang Esa yang tidak boleh
hairan atau ketawa, kerana sesuatu yang kadang-kadang membuat kita hairan dan
ketawa, seumpama pemuda yang tidak ada nafsu muda, adalah sesuatu yang
menghairankan, tetapi bagi Allah tidak ada kedudukan seumpama apa yang kita
hairankan.
Ketawa dan kesukaan
datangnya daripada penerimaan dan keseronokan. Jika kamu lakukan sesuatu untuk
seseorang, dan kerana itu dia ketawa dan gembira, bermakna dia menerima
perbuatan itu dan gembira dengannya. Jadi, ketawa-Nya dan kegembiraan-Nya
adalah penerimaan-Nya dan keredaan-Nya terhadap hamba-Nya. Begitu juga,
kemurkaan-Nya tidak ada kena mengena dengan keadaan darah mendidih, hati yang
mahu membalas dendam, kerana Dia terlalu suci untuk disamakan dengan keadaan
pancaindera dan yang mungkin atau tidak mungkin berlaku. Ia merujuk kepada
tindakan seseorang yang sedang marah dan dibenarkan untuk menjadi marah. Ia
adalah hukuman-Nya kepada orang yang derhaka dan yang menentang perintah dan
peraturan-Nya. Allah berfirman, “Dia murka kepadanya” bermakna Dia membalasnya
sebagaimana dilakukan terhadap orang yang dimurkai. Jadi Yang Maha Keras itu
murka dan kenyataan tindakan itu menunjukkan kepada nama berkenaan.
Senyum adalah sebahagian
daripada ketawa. Hadis mengatakan,
“Allah senyum kepada orang yang berjalan ke masjid untuk bersembahyang dan mengingati-Nya”.
Oleh kerana dunia ini ditutup oleh makhluk yang nyata dan dipenuhi oleh yang selain Allah, mereka melakukan tindakan ini dalam keadaan tidak ada kehadiran Allah. Seandainya mereka datang kepada-Nya membawa salah satu daripada berbagai-bagai jenis kehadiran, Allah menghantarkan kepada hati mereka sebahagian daripada rasa kelazatan yang lahir daripada nikmat kehadiran (muhadara) itu, munajat dan musyahadah yang jelira dalam hati mereka. Rasulullah s.a.w bersabda,
“Cinta Allah kepada kesejahteraan yang Dia kurniakan kepada kamu daripada rahmat-Nya.”
Senyuman menggambarkan perbuatan-Nya ini kerana ia adalah kenyataan kepada kegembiraan bila kamu datang kepada-Nya. Bila seseorang memudahkan kamu untuk datang, tanda kegembiraan ialah menunjukkan kebaikan dan kasih sayang kepada kamu dan menghantarkan sebahagian nikmat yang dia miliki kepada kamu. Bila hal yang seperti ini muncul dari Allah kepada hamba-Nya, itu dikatakan ‘senyuman’.

Kelupaan.
Allah berfirman,
“Dia melupakan mereka” (9:67).
Adalah mustahil bagi Allah untuk dihinggapi oleh lalai dan lupa. Tetapi bila Allah hukumkan mereka dengan seksaan yang kekal abadi dan tidak memberikan kepada mereka pengampunan, keadaan mereka yang demikian diistilahkan sebagai dilupakan oleh-Nya, seolah-olah Dia menjadi lupa kepada mereka. Ini adalah perbuatan seseorang yang lupa dan seseorang yang tidak mengingati kesakitan hukuman yang dia sedang jalani. Ia adalah kerana semasa hidupnya di dalam dunia mereka lupa kepada Allah, jadi Dia membalasnya dengan perbuatannya sendiri dan perbuatannya kembali kepada dirinya sendiri sebagaimana wajarnya.

Maksud “Allah lupa
kepada mereka” ialah Dia tidak menghiraukan mereka dan maksud “mereka lupa
kepada Allah” ialah mereka tidak menghiraukan perintah Allah dan tidak
melaksanakannya. Jadi, Allah tidak menghiraukan mereka di dalam api neraka,
sementara sebahagian yang lain dikeluarkan-Nya daripada neraka. Hampir dengan
yang demikian ialah menggambarkan Yang Haq sebagai mengadakan tipu-daya dan
memperolok-olok. Allah berfirman,
“Allah memperolok-olokkan mereka” (9:79), “Allah mengadakan tipu-daya” (3:54)
dan
“Allah akan perolok-olokkan mereka” (2:15).
“Allah memperolok-olokkan mereka” (9:79), “Allah mengadakan tipu-daya” (3:54)
dan
“Allah akan perolok-olokkan mereka” (2:15).
Nafas:
Rasulullah s.a.w
bersabda,
“Jangan mengutuk angin. Ia adalah daripada nafas Yang Maha Pemurah”.
Baginda juga bersabda,
“Aku merasakan nafas Yang Maha Pemurah datang kepadaku dari arah Yaman”.
Semua ini adalah kesenangan (tanfis). Ia adalah seumpama baginda s.a.w mengatakan, “Jangan mengutuk angin. Ia adalah sebahagian daripada apa Yang Maha Pemurah guna bagi menyenangkan (naffasa) atau mengangkat beban hamba-Nya”. Rasulullah s.a.w bersabda,
“kamu dibantu dengan angin timur”.
Ucapan baginda, “Aku merasakan nafas…” bermaksud Yang Maha Pemurah mengangkat daripadaku apa yang mendukacitakan daku. Ini adalah dukacita yang Rasulullah s.a.w rasakan tatkala berhadapan dengan mereka yang menolak seruan baginda dan menolak peraturan Allah. Baginda bersabda, “Dari arah Yaman”, jadi kaum Ansar adalah di dalam golongan yang melalui mereka Allah hilangkan dukacita Rasul-Nya yang disebabkan oleh puak yang menolak seruan baginda s.a.w. Allah Yang Maha Besar tidak terikat dengan nafas dalam bentuk hembusan udara.
“Allah melampaui apa yang mereka sifatkan tentang-Nya!” (17:43).

Bentuk atau rupa (sura).
Bentuk menunjukkan
kepada jisim dan apa yang diketahui oleh manusia dan yang lain. Hadis yang
menyifatkan bentuk Allah dalam sahih dan kitab-kitab yang lain, misalnya hadis
yang diriwayatkan oleh ‘Ikrima, Rasulullah s.a.w bersabda,
“Aku melihat Tuhanku dalam rupa jejaka tampan”.
Ini adalah suasana Rasulullah s.a.w, dan ia adalah ungkapan yang biasa digunakan dalam bahasa Arab. Ia adalah seperti sabda Rasulullah s.a.w,
“Allah ciptakan Adam dalam rupa-Nya”.

Ketahuilah nilai
persamaan yang dibawa oleh Quran adalah istilah bahasa, bukan yang nyata,
kerana persamaan yang nyata adalah mustahil bagi Allah. Zaid adalah singa dari
segi kekuatan. Zaid adalah Zuhar dari segi puisi. Bila kamu gambarkan sesuatu
dengan satu atau dua sifat dan kemudian menggambarkan yang lain dengan sifat
tersebut, walaupun terdapat perbezaan yang jelas di antara mereka menurut
keadaan yang sebenarnya, mereka memiliki hakikat sifat tersebut. Ini bermakna
setiap mereka memiliki rupa bentuk yang lainnya dalam sifat itu khususnya.
Jadi, fahamkan dan ambil perhatian!
Perhatikan, nilai-nilai
yang ada dengan diri kamu itulah kamu gunakan terhadap-Nya – Maha Suci Dia!
Tidakkah kamu ceritakan mengenai sifat-sifat kesempurnaan-Nya melalui
nilai-nilai sifat yang ada dengan kamu? Fahamkan! Apabila kamu memasuki pintu
yang membuang persamaan, kamu menafikan ketidaksempurnaan yang kamu tidak
dibenarkan berbuat demikian, walaupun jika kamu berdasarkan kepada yang
demikian sama sekali. Walau bagaimanapun apabila seseorang meletakkan nilai
yang demikian kepada dirinya, kamu menafikan penyifatan tersebut. Jika orang
tersebut tidak ditutupi oleh bayangan, kamu tidak perlu menafikannya.
Ketahuilah sekalipun rupa bentuk itu ada banyak pintu, namun kami tidak
menyebutnya kerana kami mahu mengelakkan daripada menjadikan buku ini terlalu
panjang.
“Allah mengatakan yang benar dan memberi petunjuk kepada jalan yang benar” (33:4).
“Allah mengatakan yang benar dan memberi petunjuk kepada jalan yang benar” (33:4).
Lengan.
Ia berkaitan dengan
hadis Rasulullah s.a.w,
“Geraham orang kafir di dalam neraka seperti Bukit Uhud dan kulitnya setebal empat puluh hasta daripada hasta Yang Maha Perkasa”.
Ini adalah penyifatan bagi memuliakan dengan kadar yang Allah sifatkan bagi-Nya. Ia seperti kamu katakan, “Benda ini beberapa hasta raja”, bermaksud hasta terpanjang yang raja lakukan, walaupun misalnya lengan raja sama seperti lengan orang ramai dan hasta orang ramai lebih panjang daripada hasta raja. Dalam kenyataannya bukanlah lengannya, tetapi adalah anggaran pemilikannya dan kemudian dinisbahkan kepada pembuatnya, jadi ketahuilah! Menurut loghat bahasa “Yang Maha Perkasa” adalah Raja Yang Besar.

Begitu juga dengan kaki.
“Yang Maha Perkasa meletakkan kaki-Nya (dalam neraka)”. Kaki adalah anggota
badan. Dikatakan, “Si anu memiliki kecekapan dalam perniagaan”, bermakna
kedudukannya teguh. Kaki adalah nama bersama dalam ciptaan, jadi kaki adalah
satu bentuk penyifatan. Yang Perkasa itu adalah malaikat dan kaki itu kepunyaan
malaikat kerana yang demikian tidak mungkin bagi Allah!
Bersemayam (istawa) menunjukkan kepada
kestabilan, petunjuk dan yang menguasai. Kestabilan adalah salah satu nilai
tubuh badan dan yang demikian tidak boleh digunakan bagi Allah! melainkan dalam
aspek kestabilan. Petunjuk adalah kehendak dan ia salah satu sifat
kesempurnaan. Allah berfirman,
“Dia mengangkat (istiwa) Diri-Nya ke langit,” (3:29),
iaitu bertujuan.
“Dia bersemayam di atas arasy” (7:54)
bermaksud menguasai.
“Dia mengangkat (istiwa) Diri-Nya ke langit,” (3:29),
iaitu bertujuan.
“Dia bersemayam di atas arasy” (7:54)
bermaksud menguasai.
Terdapat banyak kepercayaan
dan ayat-ayat, sebahagiannya kuat dan sebahagian yang lain lemah. Tidak ada
hadis yang tidak mempunyai aspek tanzih (‘tiada-hubungan’). Jika kamu mahu
fahamkan dengan lebih mudah, maka letakkan pada diri kamu ungkapan yang
menunjukkan kepada tasybih dan ambillah faedahnya atau rohnya atau apa yang
datang daripadanya. Letakkannya dalam apa yang sewajarnya bagi Yang Haq dan
kamu akan memperolehi darjat tanzih (‘tiada-hubungan’) tatkala orang lain
memperolehi tahap tasybih (‘ada-hubungan’). Jadi, lakukan demikian dan sucikan
pakaian kamu! Ini sudah memadai bagi kepercayaan berkenaan kerana tajuknya
sudah panjang.
Tiupan Roh Kudus ke
lubuk Hati
[Maksud simbolik bagi
ungkapan tasybih di dalam Syariat]
“Tiupan roh yang paling
suci ke lubuk hati” adalah dalam ungkapan yang terdahulu: bila yang berasa
kagum (Raja) kagum terhadap yang muncul daripada bentuk-Nya (Adam), Penciptanya
dalam kesedaran batinnya, kegirangan dalam kewujudannya, ketawa dalam
penyaksiannya dan murka apabila dia membelakangi, tersenyum bila dia mendekati,
melupakan keadaan luarannya dan menarik nafas. Jadi, Dia membiarkan kapal
mengambil haluannya dan teguh di atas kerajaan-Nya dan mentadbir kerajaan-Nya
dengan kekuasaan. Apa yang Dia kehendaki berlaku dan kembali kepada Allah!
Ini adalah roh-roh yang
terasing yang ditunggu oleh bentuk sokongan (ashbah). Bila tiba ketikanya, masa
berakhir, langit bergoyang, matahari digulungkan, bumi digantikan,
bintang-bintang berguguran, segala sesuatu berubah, Alam Akhirat muncul dan
manusia serta yang lain dikumpulkan dalam keadaan asal (Lihat 19:10). Kemudian
bentuk-bentuk itu akan memberikan pujian, roh-roh akan bergembira, Yang Membuka
akan menyata, pelita akan dinyalakan, arak berkilauan, cinta sejati (wudd)
muncul, permohonan menghilang, sayap dikembangkan, dan Qubah [3] didirikan
daripada permulaan malam hingga ke pagi. Perhentian yang sangat indah! Betapa
gembiranya diri-diri yang dalam keadaan sempurna. Semoga Allah mengizinkan kita
menikmatinya!
[3] Baitul Makmur pada
langit ke tujuh menyerupai Kaabah pada bumi.